Friday, February 4, 2011

EKSPERIMEN : PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA PADA MAKANAN

Bahan - bahan :

1. Makanan (roti,nasi,keju,capati,buah-buahan atau sayur-sayuran)
2. Plastik putih
3. Sedikit air 
4. Buku catatan


Langkah-langkah:

1. Pilih satu jenis makanan yang mahu digunakan dalameksperimen
   ini.Antara pilihannya ialah sekeping roti dan makanan yg 
   disebutkan diatas.

2. Masukkan makanan yang dipilih tadi ke dalam plastik putih 
   yang selalu digunakan untuk membungkus makanan.

3. Renjiskan sedikit air kedalam makanan itu.

4. Selepas itu , letakkan plastik tersebut dikawasan yg 
   selamat, supaya tiada siapa membuang makanan itu.

5. Setiap hari, catatkan segala perubahan yang berlaku pada 
   makanan itu.

6. Selepas seminggu , kita dapat melihat hasilnya dan kongsi 
   catatan dengan kawan -kawan.


Hasil: 


Selepas beberapa hari ,mikroorganisma mula kelihatan pada makanan.Kulat atau kulapok tumbuh pada makan itu.
Apabila makanan itu dibiarkan lebih lama,kulat itu semakin tumbuh dan bertambah banyak.


Kesimpulan:


Walaupun mikroorganisma tidak dapat dilihat oleh mata kasar , ia ada di sekeliling kita.Eksperimen ini membuktikan kewujudan mikroorganisma yang tumbuh pada makanan.Apabila direnjis dengan air, pertumbuhannya menjadi lebih cepat.Mikroorganisma adalah sesuatu yang hidup tumbuh dan berkembang.





No comments:

Post a Comment